Disember Dalam Kenangan

Salam sejahtera...

Selamat tahun baru 2014... Dah semakin tua rupanya, tahun depan dah menginjak ke 30an. Walaupun hakikatnya baru jer masuk 28. Apapun suka atau tidak hidup perlu diteruskan. 

Kalau nak cakap pasal azam tahun lepas memang tak tertunaila 100% tapi masih ada yang boleh dibanggakan. Azam tahun lepas yang masih tertangguh tu akan dimasukkan menjadi azam tahun nie. Apapun kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. 

Kalau nak di ikutkan kitaran peristiwa dalam hidup sepanjang 2013 rasanya bulan disember la yang paling bermakna. Disember paling banyak ambik cuti, disember pun paling banyak pergi bercuti. ada satu peristiwa yang berlaku pada Disember  2013 yang betul2 bermakna dalam hidup Che Ya. Walaupun tak seperti di harapkan tapi merupakan pengalaman yang paling mendebarkan dengan pengakhiran yang dukacita. Apapun Cek Ya redha dan pasrah, kalau ini ketentuanNya. Pengharapan tak pernah terputus, sekurang-kurangnya harapan tue boleh beri semangat dan kekuatan. Ia lebih baik dari putus harapan. 

Sejujurnya Cek Ya agak kecewa, semalaman menangis. Sedaya upaya kumpul kekuatan, memujuk hati. Sangat memerlukan semangat dari orang sekeliling, saat tue Cek Ya sedar kenapa ditagih simpati manusia. Kenapa perlu merintih dengan manusia. Sedangkan Allahlah tempat sebaik-baik pengaduan. Allahlah sebaik-baik pengharapan. Allahlah pengkhabul doa... Alhamdulillah, saat hati dan telinga dihujani bisikan amarah syaitan, istifar pengubatnya... 

Okla tutup cerita sedih-sedih Disember 2013 dah berlalu. Mudah-mudahan 2014 yang mendatang menberi 1001 pengalaman yang bermakna dan segala impian terlaksana.

Azam 2014

1. Perbanyakkan ibadah kepada Allah (Amalan yang baik)
2. Menjadi Muslimat yang baik dan istiqamah dalam ibadah wajib dan sunat (lagi-lagi stokin, tudung yang lebih labuh)
3. Gucci/LV handbag (meterialistik sikit)
4.Kumpul duit untuk umrah n melancong ke Korea
5.Being good wife, daughter, friend, sister and mother
6. Being Mother....( hopefully)

Cukuplah 6 ajer.... lebih-lebih kang tak tercapai pulak. Biar sikit asal istoqamah.... Berubah memang mudah tapi untuk mengekalkan perubahan tue agak sukar....


Ulasan

Unknown berkata…
assalamualaikum akk. terbaca comment akk di blog saya utk entry mengenai psas. jadi terasa nak singgah blog akk utk tinggalkan jejak. hee :) selamat menunaikan azam baru

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1