Khamis, 17 April 2014

PeLIk Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam sempat jalan2 kat pasar malam, cari2 kalau ader juadah yang boleh di makan masa berbuka nanti. Pasar malam Banting Baru bukannya besar sangat pun dalam 15 minit da settle beli2 barang. Dalam duk jalan2 dengan Kak Linda... Tetiba terpandang satu gerai nie jual petai jeruk. Wah!!! kecur liur terus, macam nak rembat jer barang sebalang dua. Tapi sempat gak terpikir yang suami x berapa bekenan pun dengan makanan yang berbau bauan nie. Makanya terbatalla hasrat nak merembat barang sebalan dua tue.
Tetiba teringat de seseorang yang cakap Che Ya nie pelik... Sebabnya,
Che Ya suka benda yang orang tak suka. Che Ya suka petai, jering, kerdas...
Che ya juga suka budu walaupun bukan orang kelantan. Che Ya suka cincaluk walaupun bukan orang melaka. Kalau tempoyak lagi la suka... Siap belajar lagi mcm ner nak buat tempoyak dari arwah embah dulu. Itu baru bab makanan... belum perkara lain lagi... 
Comelkan domukon
 Pernah Cek Ya sanggup beli pengasah pensel semata2 bentuknya comel... bentuk sotong. Walaupun tau x de kegunaan pun. Che Ya pernah merayu2 kat suami supaya belikan beg domukon... Comelkan kartun tu dgn gigi besar sambil lari2. 

Kalau jalan2 pergi mall atau mane2 jer, mesti pilihan barang Che Ya akan bertentang dgn org lain. Mesti kesukaan mereka sama tapi Che Ya lain. Depa suka ungu Che Ya suka biru... Belum bab pakainan, memang Che Ya agak berani bermain dengan warna. Kalau boleh Che Ya nak dalam almari tu de semua warna baju ada ... Kan cantik macam pelangi, baru la boleh rasa macam2 perasaan. Che Ya suka benda yang lain dari orang... Kalau orang duk tergila2 satu fesyen Che Ya tak suka ikut. Melainkan Che Ya suka dengan gaya tue. Kadang2 Che Ya nak nampak ayu... kadang2 nak nampak sempoi... 

Kalau dulu Che Ya akan ikut sesukaan orang sebab tak nak orang anggap yang kita nie x up to date @ x sama dengan orang lain. Tapi, bila dah semakin matang nie... Che Ya semakin berani menzahirkan diri sendiri tanpa peduli tanggapan orang.... Jadi pelik ke kalau berlainan dari orang??? Ermmmm unik kot hehehe
 
 

2 ulasan:

nurul husna berkata...

perrghhh sedap la petai dgn jering...jering tu aku suka masak sambal letak ikanbilis sket..mmg superb!!

Ummi Shafeha berkata...

sedapkan..