JANJI BASUH KERETA

Salam sejatera...

Firstly, mari kita bersama mendoakan keselamatan kesemua penumpang dan krew MH 370 dimana jua mereka berada. Permudahkan para penyelamat menemui mereka...Mohon supaya Allah tunjukan jalan dan merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut. Satu dunia mendoakan keselamatan MH 370...


 Tetiba teringin buat entry tentang janji, mesti ramaikan yang pernah berjanji @ dijanjikan sesuatu. Kebiasaannya bila dah berjanji tu mestila kena tunaikan. Tapi yang tak tunaikan janji pun ada... Kadang-kadang memang sedaya upaya nak tunaikan janji tapi ade jer yang halang. Termasuklah Che Ya... 

Minggu lepas terjanji la plak kat suami nak basuh kete... Kalau kereta tu Cek Ya yang pakai memang kotor.  Tak kira la kete yang mana satu. Kadang-kadang pelik lak kete kalau suami yang pakai bersih jer, bila Cek Ya yang guna memang kotor. Dengan rumput keringnya belum habuk-habuk lagi.... Sabtu lepas de bawa keropok lekor masuk kereta, sampai sekarang bau ikan melekat lagi. En suami tercinta plak malam tadi duk perli2... Pasal kereta tue sama gak kotornya. Hahaha maap en suami tak berkesempatan basuh kereta. Weekend yang sangat sibuk. Bila pagi tadi masuk kereta jer terbau keropok lekor terpaksa petang nie gak basuh kete.


Memang kebiasaannya en suami yang basuh kereta, dua-dua kereta dia yang basuh termasuk isi minyak n maintenance. Che  Ya tau guna jer, bila dah terjanji terpaksala tunaikan... Menyesal lak janji nak basuh. Pagi tadi masa start enjin kete terperasaan sesuatu yang pelik pada monitor dashboard huhuhu buat hal lagi ke Si IS250 nie. Terus whatupp gambar kat en suami. Sebelum En Suami g anto bengkel baik cecepat basuh kete kalau x terimala bebelan paling panjang di abad ini. Pastu Che Ya guna lak Cik  mesti kotor plak Cik Biru tue... Hehehe Maap lagi sekali yer... Tula suh blikan besikal x bagi suh bawa kete jer. Kalau tak x de lah nak basuh2 kete... Nak guna motor memang tak la, dah la bawa pun x berapa pandai tak pepasal terlanggar student dah kes naya...

Dah dekat time blk nie moleklah siap2 nak anto kereta g mandi... Harap2 kedai basuh kete kat Banting Baru tue tak banyak kete kang lambat plak nak tunggu Q.

Sekali lagi, Che Ya sarankan agar kita panjatkan doa permudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat MH 370. Moga2 di beri petunjuk dari Allah swt... 

Ulasan

Nik berkata…
nik pun perasan.kalau kete bersih jea bila ngan hubby.kalau ngan ni. cepat jea kereta kotor..haha

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1